Posts

Lawatan Penandaarasan PGBM Sandakan Ke SK Lahad Datu III

Image
LAWATAN PENANDARASAN PGBM SANDAKAN  KE SK LAHAD DATU III 10.MEI.2023 | SK LAHAD DATU III Satu lawatan penandarasan Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Sandakan ke SK Lahad Datu III dekat sini.Lawatan penandarasan tersebut merupakan sebahagian daripada program yang diatur oleh PGBM Sandakan sebagai salah satu program untuk mengadakan sesi lawatan profesional ke daerah Lahad datu.            Dr. Rosdah Herawaty Hamid, Guru Besar SK Lahad Datu III Menyampaikan Cenderamata Kenangan Kepada Pengerusi PGBM Sandakan, Tuan Hj.Awang Damit S eramai 25 orang PGBM Sandakan telah terlibat dalam lawatan penandarasan tersebut.Ketibaan rombongan di SK Lahad Datu III telah disambut oleh Dr. Rosdah Herawaty Hamid, selaku Guru Besar SK Lahad Datu III bersama-sama dengan PGBM daerah Lahad Datu.           Pengisian lawatan profesional PGBM Sandakan tersebut disi dengan beberapa siri aktiviti lawatan, seperti pertandingan memanah (PGBM Sandakan VS PGBM Lahad Datu, lawatan penandarasan ke SK Lahad Datu III,