Lawatan Penandaarasan PGBM Sandakan Ke SK Lahad Datu III


LAWATAN PENANDARASAN PGBM SANDAKAN 
KE SK LAHAD DATU III
10.MEI.2023 | SK LAHAD DATU III




Satu lawatan penandarasan Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Sandakan ke SK Lahad Datu III dekat sini.Lawatan penandarasan tersebut merupakan sebahagian daripada program yang diatur oleh PGBM Sandakan sebagai salah satu program untuk mengadakan sesi lawatan profesional ke daerah Lahad datu.
          
Dr. Rosdah Herawaty Hamid, Guru Besar SK Lahad Datu III
Menyampaikan Cenderamata Kenangan Kepada Pengerusi PGBM Sandakan,
Tuan Hj.Awang Damit

Seramai 25 orang PGBM Sandakan telah terlibat dalam lawatan penandarasan tersebut.Ketibaan rombongan di SK Lahad Datu III telah disambut oleh Dr. Rosdah Herawaty Hamid, selaku Guru Besar SK Lahad Datu III bersama-sama dengan PGBM daerah Lahad Datu.
          Pengisian lawatan profesional PGBM Sandakan tersebut disi dengan beberapa siri aktiviti lawatan, seperti pertandingan memanah (PGBM Sandakan VS PGBM Lahad Datu, lawatan penandarasan ke SK Lahad Datu III, jamuan Aidilfitri dan lawatan penandaarasan ke SK Sepagaya Lahad Datu.
         Adalah diharapkan lawatan penandarasan ini akan dapat mengukuhkan lagi jalinan koloborasi dan siratulrahim di antara PGBM Sandakan dan PGBM Lahad Datu amnya, khususnya di antara PGBM Sandakan dan SK Lahad Datu III. Di samping dapat bertukar-tukar maklumat dan informasi berdasarkan lawatan penandaarasan yang dilakukan ke SK Lahad Datu III.



PGBM Lahad Datu Menyambut Ketibaan Rombongan




Sebahagian Sesi Lawatan Rombongan PGBM Sandakan 
Ke Kelas Pra SK Lahad Datu III


Lawatan Rombongan PGBM Sandakan 
Ke Pusat Sumber  SK Lahad Datu III

Bilik Pusat Akses & Bilik APD  SK Lahad Datu III



Lawatan Ke Bilik TS25 SK Lahad Datu III


Rombongan Dibawa Melawat Ke Bilik Panitia Bahasa Melayu

Bilik Muzik Dan Bilik Sukan SK Lahad Datu III



DR. Rosdah Herawaty Hamid Guru Besar SK Lahad Datu III
Menyerahkan Cenderamata Kenangan Kepada 
Tuan Hj. Awang Damit Ketua Rombongan PGBM Sandakan

Rakaman Video Lawatan Penandaarasan









Comments